3 Engkau sendiri mengusir bangsa-bangsa
supaya umat-Mu menetap di negeri mereka;
Engkau mencelakakan bangsa-bangsa lain,
tetapi menjadikan umat-Mu makmur.
4 Mereka tidak menakluki negeri ini dengan pedang;
mereka tidak menang dengan kuasa mereka sendiri,
tetapi dengan kuasa dan kekuatan serta hadirat-Mu,
kerana Engkau berkenan kepada umat-Mu.