Pular para o conteúdo
Publicidade

Mazmur 48

Sion, Kota Allah

1 Mazmur puak Korah.

2 TUHAN sungguh agung dan terpuji

di kota Allah kita, di atas bukit-Nya yang suci.bukit...suci: Lihat 2.6.

3 Mat 5.35 Sion, bukit Allah, tinggi dan indah;

kota Raja yang agung menggirangkan seluruh dunia!

4 Di dalam kota-Nya yang berkubu ada keselamatan,

kerana Allah berada di sana.

5 Raja-raja berkumpul

dan datang hendak menyerang Bukit Sion.

6 Apabila mereka melihat bukit itu, mereka terperanjat;

mereka takut dan lari kebingungan.

7 Mereka gementar ketakutan,

mereka kesakitan seperti wanita yang hampir bersalin,

8 mereka seperti kapal yang dilanda angin ribut.

9 Apa yang sudah kita dengar, kini sudah kita lihat,

di kota Allah kita, TUHAN Yang Maha Kuasa.

Kota itu kota Allah kita;

Dia membela kota itu selama-lamanya.

10 Ya Allah, di dalam Rumah-Mu,

kami merenungkan kasih-Mu.

11 Nama-Mu termasyhur dan dipuji di seluruh dunia,

Engkau memerintah dengan adil.

12 Biarlah penduduk dan Yehuda bergembira,

kerana Engkau menghakimi orang dengan adil.

13 Hai umat Allah, kelilingilah Sion dan hitunglah menara di situ,

14 perhatikanlah tembok dan periksalah kubu kota itu,

supaya kamu dapat memberitahu keturunan yang akan datang

15 bahawa Dialah Allah, Allah kita selama-lamanya;

Dia akan memimpin kita selama-lamanya.

Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Sião
Hoje: Jerusalém, Israel
צִיּוֹןtsiyyonΣιώνSiōn
Sião é a fortaleza que Davi conquistou e que veio a ser a Cidade de Davi; o povo do Senhor vive ali, e foi anunciado que Sião seria arada como um campo (2 Samuel 5:7).
31,78° N, 35,23° L
Citado em 148 versículosTb.: Jerusalém
Ver página completa
Todos os capítulos de Mazmur 150
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51
  52. 52
  53. 53
  54. 54
  55. 55
  56. 56
  57. 57
  58. 58
  59. 59
  60. 60
  61. 61
  62. 62
  63. 63
  64. 64
  65. 65
  66. 66
  67. 67
  68. 68
  69. 69
  70. 70
  71. 71
  72. 72
  73. 73
  74. 74
  75. 75
  76. 76
  77. 77
  78. 78
  79. 79
  80. 80
  81. 81
  82. 82
  83. 83
  84. 84
  85. 85
  86. 86
  87. 87
  88. 88
  89. 89
  90. 90
  91. 91
  92. 92
  93. 93
  94. 94
  95. 95
  96. 96
  97. 97
  98. 98
  99. 99
  100. 100
  101. 101
  102. 102
  103. 103
  104. 104
  105. 105
  106. 106
  107. 107
  108. 108
  109. 109
  110. 110
  111. 111
  112. 112
  113. 113
  114. 114
  115. 115
  116. 116
  117. 117
  118. 118
  119. 119
  120. 120
  121. 121
  122. 122
  123. 123
  124. 124
  125. 125
  126. 126
  127. 127
  128. 128
  129. 129
  130. 130
  131. 131
  132. 132
  133. 133
  134. 134
  135. 135
  136. 136
  137. 137
  138. 138
  139. 139
  140. 140
  141. 141
  142. 142
  143. 143
  144. 144
  145. 145
  146. 146
  147. 147
  148. 148
  149. 149
  150. 150

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.