Pular para o conteúdo
Publicidade

Mazmur 50

Ibadat yang Sejati

1 Mazmur Asaf.

TUHAN, Allah Yang Maha Kuasa berfirman;

Dia berseru kepada seluruh bumi dari timur sampai ke barat.

2 Dari , kota yang terindah,

Allah bersinar seperti matahari.

3 Apabila Allah kita datang, Dia tidak diam;

api yang bernyala-nyala mendahului Dia,

ribut yang sangat kencang mengelilingi-Nya.

4 Dia menyuruh syurga dan bumi menjadi saksi,

untuk melihat Dia menghakimi umat-Nya.

5 Dia berfirman, "Himpunkanlah umat-Ku yang setia,

yang telah mengikat perjanjian dengan Aku

dan mengukuhkannya dengan mempersembahkan korban."

6 Langit mengisytiharkan keadilan Allah,

kerana Allah itu hakim.

7 "Dengarlah, hai umat-Ku, Aku akan berfirman;

Aku akan menyalahkan kamu, hai Israel.

Akulah Allah, Allah kamu.

8 Aku tidak menyalahkan kamu kerana persembahan kamu,

dan korban untuk menyenangkan hati-Kukorban untuk menyenangkan hati-Ku; Harfiah: korban bakar. (Lihat Kamus.) yang selalu kamu persembahkan.

9 Aku tidak memerlukan lembu jantan dari ladang kamu,

ataupun kambing daripada ternakan kamu,

10 kerana haiwan di hutan milik-Ku,

dan juga lembu di atas ribuan bukit.

11 Semua burung liar kepunyaan-Ku,

juga semua makhluk hidup di padang.

12 Jika Aku lapar, Aku tidak minta makanan daripada kamu,

kerana dunia serta segala isinya milik-Ku.

13 Adakah Aku makan daging lembu jantan,

ataupun minum darah kambing?

14 Persembahkanlah ucapan syukur sebagai korban kepada Allah,Persembahkanlah...Allah; atau Persembahkanlah korban kesyukuran kepada Allah.

berikanlah segala persembahan yang kamu janjikan kepada Yang Maha Kuasa.

15 Berserulah kepada-Ku pada masa kesusahan;

Aku akan menyelamatkan kamu,

dan kamu akan memuji Aku."

16 Tetapi Allah berfirman kepada orang jahat,

"Kamu tidak berhak menghafaz hukum-Ku

dan membincangkan perjanjian-Ku,

17 kerana kamu tidak mahu menerima tegur ajar-Ku;

kamu menolak perintah-Ku.

18 Apabila kamu melihat pencuri, kamu berkawan dengan mereka,

kamu bergaul dengan orang yang berzina.

19 Kamu sentiasa mengatakan yang jahat;

dengan tidak ragu-ragu kamu berdusta.

20 Kamu sedia menuduh saudara kamu,

dan memfitnah saudara sekandung.

21 Itulah yang kamu lakukan,

tetapi Aku diam sahaja,

maka kamu berfikir Aku seperti kamu juga.

Tetapi sekarang Aku mencela kamu,

dan menjadikan perkara itu nyata bagi kamu.

22 Dengarlah, hai kamu yang melupakan Aku,

jika tidak, Aku akan membinasakan kamu;

dan tidak seorang pun dapat menyelamatkan kamu.

23 Orang yang mempersembahkan ucapan syukur sebagai korban untuk menghormati Aku,

dan orang yang taat kepada-Ku akan Kuselamatkan."

Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Sião
Hoje: Jerusalém, Israel
צִיּוֹןtsiyyonΣιώνSiōn
Sião é a fortaleza que Davi conquistou e que veio a ser a Cidade de Davi; o povo do Senhor vive ali, e foi anunciado que Sião seria arada como um campo (2 Samuel 5:7).
31,78° N, 35,23° L
Citado em 148 versículosTb.: Jerusalém
Ver página completa
Todos os capítulos de Mazmur 150
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51
  52. 52
  53. 53
  54. 54
  55. 55
  56. 56
  57. 57
  58. 58
  59. 59
  60. 60
  61. 61
  62. 62
  63. 63
  64. 64
  65. 65
  66. 66
  67. 67
  68. 68
  69. 69
  70. 70
  71. 71
  72. 72
  73. 73
  74. 74
  75. 75
  76. 76
  77. 77
  78. 78
  79. 79
  80. 80
  81. 81
  82. 82
  83. 83
  84. 84
  85. 85
  86. 86
  87. 87
  88. 88
  89. 89
  90. 90
  91. 91
  92. 92
  93. 93
  94. 94
  95. 95
  96. 96
  97. 97
  98. 98
  99. 99
  100. 100
  101. 101
  102. 102
  103. 103
  104. 104
  105. 105
  106. 106
  107. 107
  108. 108
  109. 109
  110. 110
  111. 111
  112. 112
  113. 113
  114. 114
  115. 115
  116. 116
  117. 117
  118. 118
  119. 119
  120. 120
  121. 121
  122. 122
  123. 123
  124. 124
  125. 125
  126. 126
  127. 127
  128. 128
  129. 129
  130. 130
  131. 131
  132. 132
  133. 133
  134. 134
  135. 135
  136. 136
  137. 137
  138. 138
  139. 139
  140. 140
  141. 141
  142. 142
  143. 143
  144. 144
  145. 145
  146. 146
  147. 147
  148. 148
  149. 149
  150. 150

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.