Pular para o conteúdo
Publicidade

Mazmur 55

Doa Orang yang Dikhianati oleh Sahabat

1 Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Sajak Daud.

2 Ya Allah, dengarlah doaku;

jangan berpaling daripada rayuanku.

3 Dengarlah aku dan jawablah aku;

aku lemah kerana kerunsinganku.

4 Aku cemas kerana ancaman musuhku,

dan remuk kerana orang jahat menindas aku.

Mereka menyusahkan aku;

mereka marah kepadaku dan membenci aku.

5 Aku sangat ketakutan,

ngeri akan dahsyatnya kematian.

6 Aku diliputi ketakutan dan kegentaran,

dan dicengkam oleh perasaan seram.

7 Sekiranya aku bersayap seperti burung merpati,

aku akan terbang mencari tempat yang tenang.

8 Aku akan terbang jauh sekali;

padang gurun akan kudiami.

9 Aku akan bergegas mencari tempat berlindung

terhadap ribut dan angin kencang.

10 Kelirukanlah percakapan musuhku, ya Tuhan,

kerana di kota aku nampak orang merusuh dan melakukan keganasan.

11 Siang malam mereka mengelilingi kota,

melakukan kekacauan dan jenayah.

12 Di merata tempat berlaku pemusnahan;

jalan-jalan penuh dengan penindasan dan penipuan.

13 Andaikata musuh mempermainkan aku,

aku dapat menanggungnya;

andaikata seorang lawan menghina aku,

aku pun dapat bersembunyi daripadanya.

14 Tetapi engkau ini, temanku,

rakanku serta sahabat karibku.

15 Kita pernah berbual dengan mesra,

dan beribadat bersama-sama di Rumah TUHAN.

16 Biarlah dengan mendadak musuhku mati,

dan turun hidup-hidup ke dunia orang mati,

kerana kejahatan memenuhi rumah mereka,

dan menguasai hati mereka.

17 Tetapi aku berseru kepada TUHAN Allah untuk menolong aku,

dan Dia akan menyelamatkan aku.

18 Keluhanku dan tangisanku

naik ke hadirat-Nya pada petang, pagi, dan tengah hari,

dan Dia akan mendengar suaraku.

19 Dia akan membawa aku pulang dengan selamat

setelah aku berperang melawan musuh yang banyak sangat.

20 Allah yang memerintah selama-lamanya,

akan mendengar aku dan mengalahkan musuhku,

kerana mereka tidak mahu berubah hati,

dan tidak takut kepada Allah.

21 Bekas temanku menyerang kawan-kawannya;

dia mengingkari janjinya.

22 Kata-katanya halus merayu,

tetapi hatinya penuh kebencian;

kata-katanya lemah-lembut,

tetapi menikam hati seperti pedang yang tajam.

23 Serahkanlah kekhuatiranmu kepada TUHAN,

maka Dia akan membela kamu;

Dia tidak akan membiarkan orang jujur dikalahkan.

24 Tetapi Engkau, ya Allah,

akan membinasakan pendusta dan pembunuh

sebelum mereka mencapai separuh usia.

Tetapi bagiku, aku akan percaya kepada-Mu.

Todos os capítulos de Mazmur 150
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51
  52. 52
  53. 53
  54. 54
  55. 55
  56. 56
  57. 57
  58. 58
  59. 59
  60. 60
  61. 61
  62. 62
  63. 63
  64. 64
  65. 65
  66. 66
  67. 67
  68. 68
  69. 69
  70. 70
  71. 71
  72. 72
  73. 73
  74. 74
  75. 75
  76. 76
  77. 77
  78. 78
  79. 79
  80. 80
  81. 81
  82. 82
  83. 83
  84. 84
  85. 85
  86. 86
  87. 87
  88. 88
  89. 89
  90. 90
  91. 91
  92. 92
  93. 93
  94. 94
  95. 95
  96. 96
  97. 97
  98. 98
  99. 99
  100. 100
  101. 101
  102. 102
  103. 103
  104. 104
  105. 105
  106. 106
  107. 107
  108. 108
  109. 109
  110. 110
  111. 111
  112. 112
  113. 113
  114. 114
  115. 115
  116. 116
  117. 117
  118. 118
  119. 119
  120. 120
  121. 121
  122. 122
  123. 123
  124. 124
  125. 125
  126. 126
  127. 127
  128. 128
  129. 129
  130. 130
  131. 131
  132. 132
  133. 133
  134. 134
  135. 135
  136. 136
  137. 137
  138. 138
  139. 139
  140. 140
  141. 141
  142. 142
  143. 143
  144. 144
  145. 145
  146. 146
  147. 147
  148. 148
  149. 149
  150. 150

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.