Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 56

Kepercayaan kepada Allah pada Waktu Kesusahan

1 1 Sam 21.13-15 Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Merpati dari Daerah Jauh, yang Membisu. Mazmur Daud, pada masa orang Filistin menangkap dia di Gat.

2 Kasihanilah aku, ya Allah, kerana aku diserang;

musuh-musuhku menganiaya aku sepanjang masa.

3 Sepanjang hari lawanku menyerang aku;

banyak orang yang melawan aku.

4 Ketika aku takut, ya Allah Yang Maha Kuasa,

aku berharap kepada-Mu.

5 Aku percaya kepada Allah dan aku tidak takut;

aku memuji Dia kerana janji-Nya.

Apakah yang dapat dilakukan manusia terhadapku?

6 Sepanjang hari musuhku menyusahkan aku;

mereka sentiasa berusaha untuk mencelakakan aku.

7 Mereka berkumpul di tempat persembunyian,

dan mengawasi segala gerak-geriku,

sambil mencari kesempatan untuk membunuh aku.

8 HukumlahDapat bermakna: Hukumlah; Naskhah Ibrani:Selamatkanlah. mereka, ya Allah kerana kejahatan mereka,

dengan kemurkaan-Mu, binasakanlah mereka!

9 Engkau tahu betapa cemasnya hatiku;

Engkau tahu betapa banyaknya air mataku.

Bukankah semuanya itu tercatat di dalam kitab-Mu?

10 Pada hari aku berseru kepada-Mu,

mundurlah musuh-musuhku.

Aku tahu bahawa Allah memihak aku.

11 Aku memuji TUHAN Allah kerana janji-Nya.

12 Aku percaya kepada-Nya dan aku tidak takut.

Apakah yang dapat dilakukan manusia kepadaku?

13 Ya Allah, aku akan menepati janjiku kepada-Mu,

aku akan mempersembahkan korban kesyukuran kepada-Mu.

14 Engkau telah menyelamatkan aku daripada kematian,

dan menjauhkan aku daripada kekalahan.

Oleh itu, aku dapat hidup dalam perlindungan Allah,

dalam cahaya yang menerangi semua yang hidup.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também