Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 67

Lagu Kesyukuran

1 Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Mazmur. Lagu.

2 Ya Allah, kasihanilah dan berkatilah kami;

pandanglah kami dengan senang hati,

3 supaya seluruh dunia mengetahui kehendak-Mu,

dan semua bangsa mengetahui penyelamatan-Mu.

4 Semoga bangsa-bangsa memuji Engkau, ya Allah;

semoga semua bangsa memuji Engkau!

5 Semoga bangsa-bangsa bergembira

dan menyanyi dengan sukacita,

kerana Engkau menghakimi orang dengan adil

dan membimbing setiap bangsa di bumi.

6 Semoga bangsa-bangsa memuji Engkau, ya Allah;

semoga semua bangsa memuji Engkau!

7 Tanah telah mengeluarkan hasilnya;

Allah, Allah kita, telah memberkati kita.

8 Allah telah memberkati kita;

semoga semua orang di seluruh dunia menghormati Dia.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também