Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 82

Allah Raja yang Agung

1 Mazmur Asaf.

Allah mengetuai sidang di syurga;

di hadapan makhluk-makhluk syurga Dia memberikan keputusan-Nya,

2 "Jangan hakimi orang dengan tidak adil,

dan jangan berpihak kepada orang jahat.

3 Belalah hak anak yatim dan orang lemah;

bersikap adillah kepada orang miskin dan yang tidak berdaya.

4 Selamatkanlah mereka daripada kuasa orang jahat.

5 Betapa jahilnya kamu, betapa bodohnya kamu!

Kerana kamu tidak berakhlak, keadilan lenyap dari bumi ini.

6 Yoh 10.34 Aku berkata bahawa kamu ilahi,

bahawa kamu semua anak Yang Maha Tinggi.

7 Namun kamu akan mati seperti manusia;

nyawa kamu akan berakhir seperti nyawa seorang penguasa."

8 Datanglah, ya Allah, dan hakimilah dunia;

semua bangsa kepunyaan-Mu.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também