Pular para o conteúdo
Publicidade

Mazmur 88

Doa Minta Tolong

1 Sebuah lagu. Mazmur puak Korah. Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Mahalat Leanot. Sajak Heman, orang Ezrahi.

2 Ya TUHAN, Allah yang menyelamatkan aku,

pada waktu siang aku berseru kepada-Mu,

pada waktu malam aku datang ke hadapan-Mu.

3 Dengarkanlah doaku;

dengarkanlah seruanku minta tolong.

4 Begitu banyak kesusahan menimpa aku;

maut sudah di ambang pintu.

5 Aku seperti orang yang menemui maut;

segala kekuatanku sudah hilang.segala kekuatanku sudah hilang; atau tidak ada pertolongan bagiku.

6 Aku ditinggalkan di tengah-tengah orang mati;

aku umpama orang terbunuh yang terbaring di kubur,

orang yang telah Engkau lupakan sama sekali,

yang tidak dapat Engkau tolong lagi.

7 Engkau telah membuang aku ke kubur yang dalam,

ke dalam lubang yang paling gelap dan dalam.

8 Engkau sangat murka kepadaku,

kemurkaan-Mu bagaikan ombak yang memukul aku.

9 Engkau menyebabkan rakan-rakanku meninggalkan aku;

Engkau menyebabkan mereka jijik akan aku.

Aku terkurung dan tidak dapat melarikan diri;

10 mataku kabur kerana menderita.

Ya TUHAN, setiap hari aku berseru kepada-Mu,

aku berdoa dengan menadahkan tangan kepada-Mu.

11 Adakah Engkau melakukan mukjizat bagi orang yang telah mati?

Adakah mereka bangkit dan memuji Engkau?

12 Adakah kasih-Mu disebut orang di dalam kubur,

ataupun kesetiaan-Mu disebut di tempat kebinasaan?

13 Adakah mukjizat-Mu kelihatan di tempat yang gelap itu,

ataupun kebaikan-Mu kelihatan di negeri yang sudah dilupakan orang?

14 Ya TUHAN, aku minta pertolongan-Mu;

setiap pagi aku berdoa kepada-Mu.

15 Ya TUHAN, mengapakah Engkau menolak aku?

Mengapakah Engkau menyembunyikan diri-Mu daripadaku?

16 Sejak kecil lagi aku menderita dan hampir mati;

aku kehabisan tenaga menanggung hukuman-Mu.

17 Kemurkaan-Mu yang hebat menimpa aku,

serangan-Mu yang dahsyat membinasakan aku.

18 Semuanya itu seperti banjir yang melanda aku sepanjang hari,

dan mengepung aku dari segala arah.

19 Engkau menyebabkan sahabat karibku meninggalkan aku;

hanya kegelapan yang menemani aku.

Todos os capítulos de Mazmur 150
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51
  52. 52
  53. 53
  54. 54
  55. 55
  56. 56
  57. 57
  58. 58
  59. 59
  60. 60
  61. 61
  62. 62
  63. 63
  64. 64
  65. 65
  66. 66
  67. 67
  68. 68
  69. 69
  70. 70
  71. 71
  72. 72
  73. 73
  74. 74
  75. 75
  76. 76
  77. 77
  78. 78
  79. 79
  80. 80
  81. 81
  82. 82
  83. 83
  84. 84
  85. 85
  86. 86
  87. 87
  88. 88
  89. 89
  90. 90
  91. 91
  92. 92
  93. 93
  94. 94
  95. 95
  96. 96
  97. 97
  98. 98
  99. 99
  100. 100
  101. 101
  102. 102
  103. 103
  104. 104
  105. 105
  106. 106
  107. 107
  108. 108
  109. 109
  110. 110
  111. 111
  112. 112
  113. 113
  114. 114
  115. 115
  116. 116
  117. 117
  118. 118
  119. 119
  120. 120
  121. 121
  122. 122
  123. 123
  124. 124
  125. 125
  126. 126
  127. 127
  128. 128
  129. 129
  130. 130
  131. 131
  132. 132
  133. 133
  134. 134
  135. 135
  136. 136
  137. 137
  138. 138
  139. 139
  140. 140
  141. 141
  142. 142
  143. 143
  144. 144
  145. 145
  146. 146
  147. 147
  148. 148
  149. 149
  150. 150

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.