Pular para o conteúdo
Publicidade

Mazmur 103

Kasih Allah

1 Mazmur Daud.

Pujilah TUHAN, hai jiwaku!

Pujilah nama-Nya yang suci, hai segenap batinku!

2 Pujilah TUHAN, hai jiwaku,

dan jangan lupa akan kebaikan-Nya.

3 Dia mengampunkan segala dosaku,

dan menyembuhkan segala penyakitku;

4 Dia menyelamatkan aku daripada kematian

dan memberkati aku dengan kasih dan rahmat;

5 Dia memuaskan hidupku dengan segala yang baik,

sehingga aku tetap muda dan kuat seperti burung helang.

6 TUHAN membela orang yang tertindas

dan bertindak dengan adil.

7 Dia menyatakan rancangan-Nya kepada Musa,

dan perbuatan-Nya kepada bangsa .

8 Yak 5.11 TUHAN pengasih dan penyayang,

panjang sabar, dan penuh dengan kasih.

9 Dia tidak selalu murka,

Dia tidak selalu menaruh dendam.

10 Dia tidak menghukum kita setimpal dengan dosa kita,

Dia tidak membalas kita setimpal dengan kesalahan kita.

11 Tetapi setinggi langit dari bumi,

setinggi itu juga kasih-Nya kepada orang yang menghormati-Nya.

12 Sejauh timur dari barat,

sejauh itu juga dibuang-Nya dosa kita.

13 Seperti seorang bapa mengasihani anak-anaknya,

begitulah TUHAN mengasihani orang yang menghormati-Nya.

14 Dia tahu bagaimana kita dibentuk,

Dia ingat bahawa kita ini debu belaka.

15 Manusia bagaikan rumput,

yang tumbuh dan mengembang seperti bunga di padang.

16 Apabila ditiup angin, bunga pun hilang,

tiada orang melihatnya lagi.

17 Tetapi TUHAN tetap mengasihi orang yang menghormati Dia,

dan kebaikan-Nya berlangsung selama-lamanya,

18 bagi mereka yang setia kepada perjanjian-Nya,

dan mentaati perintah-Nya.

19 TUHAN membina takhta-Nya di syurga;

Dia raja yang menguasai semuanya.

20 Pujilah TUHAN, hai malaikat-malaikat yang kuat dan perkasa,

yang mendengar dan melakukan perintah-Nya!

21 Pujilah TUHAN, hai semua tentera syurga,

hai kamu yang melakukan kehendak-Nya!

22 Pujilah TUHAN, hai semua ciptaan di seluruh tempat Dia memerintah.

Pujilah TUHAN, hai jiwaku!

Pessoa
H3290
Jacó
יַעֲקֹ֑בyaaqovΙακωβIakob
Jacó, filho de Isaque, comprou de Esaú o direito de primogenitura, lutou com Deus em Peniel e recebeu o nome Israel; seus doze filhos deram origem às tribos (Gênesis 32:28).
Significado: “Aquele que segura pelo calcanhar (suplantador)”
Ver página completa
Todos os capítulos de Mazmur 150
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51
  52. 52
  53. 53
  54. 54
  55. 55
  56. 56
  57. 57
  58. 58
  59. 59
  60. 60
  61. 61
  62. 62
  63. 63
  64. 64
  65. 65
  66. 66
  67. 67
  68. 68
  69. 69
  70. 70
  71. 71
  72. 72
  73. 73
  74. 74
  75. 75
  76. 76
  77. 77
  78. 78
  79. 79
  80. 80
  81. 81
  82. 82
  83. 83
  84. 84
  85. 85
  86. 86
  87. 87
  88. 88
  89. 89
  90. 90
  91. 91
  92. 92
  93. 93
  94. 94
  95. 95
  96. 96
  97. 97
  98. 98
  99. 99
  100. 100
  101. 101
  102. 102
  103. 103
  104. 104
  105. 105
  106. 106
  107. 107
  108. 108
  109. 109
  110. 110
  111. 111
  112. 112
  113. 113
  114. 114
  115. 115
  116. 116
  117. 117
  118. 118
  119. 119
  120. 120
  121. 121
  122. 122
  123. 123
  124. 124
  125. 125
  126. 126
  127. 127
  128. 128
  129. 129
  130. 130
  131. 131
  132. 132
  133. 133
  134. 134
  135. 135
  136. 136
  137. 137
  138. 138
  139. 139
  140. 140
  141. 141
  142. 142
  143. 143
  144. 144
  145. 145
  146. 146
  147. 147
  148. 148
  149. 149
  150. 150

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.