Pular para o conteúdo
Publicidade

Mazmur 36

Kejahatan Manusia dan Kebaikan Allah

1 Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud, hamba TUHAN.

Kejahatan Manusia

2 Rm 3.18 Dosa bertutur dalam lubuk hati orang jahat,

mereka menyangkal Allah dan tidak takut kepada-Nya,

3 kerana mereka membanggakan diri,

dan berfikir dosa mereka tidak akan diketahui dan tidak dibenci.

4 Kata-kata mereka penuh dengan kejahatan dan dusta,

mereka tidak lagi melakukan yang baik dan bijaksana.

5 Mereka merancang kejahatan ketika berbaring di katil;

tiada perbuatan mereka yang baik,

dan mereka tidak pernah menolak apa-apa yang jahat.

Kebaikan Allah

6 Ya TUHAN, kasih-Mu membumbung setinggi langit,

kesetiaan-Mu sampai ke awan yang tinggi.

7 Kebaikan-Mu teguh seperti gunung yang besar,

dan keadilan-Mu sedalam laut.

Engkau menjaga manusia dan haiwan.

8 Ya Allah, betapa berharganya kasih-Mu,

manusia mendapat perlindungan di bawah naungan sayap-Mu.

9 Mereka mengenyangkan diri dengan makanan berlimpah dari rumah-Mu;

Engkau memberi mereka minuman dari sungai kebaikan-Mu.

10 Engkaulah sumber segala kehidupan,

dan kerana cahaya-Mu, kami dapat melihat cahaya.

11 Tetaplah mengasihi orang yang mengenal Engkau,

dan berbuat baik kepada orang yang tulus hati.

12 Jangan biarkan orang sombong menyerang aku

ataupun orang jahat menyebabkan aku lari.

13 Lihatlah, orang jahat sudah jatuh,

mereka rebah, tidak dapat bangun lagi.

Todos os capítulos de Mazmur 150
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51
  52. 52
  53. 53
  54. 54
  55. 55
  56. 56
  57. 57
  58. 58
  59. 59
  60. 60
  61. 61
  62. 62
  63. 63
  64. 64
  65. 65
  66. 66
  67. 67
  68. 68
  69. 69
  70. 70
  71. 71
  72. 72
  73. 73
  74. 74
  75. 75
  76. 76
  77. 77
  78. 78
  79. 79
  80. 80
  81. 81
  82. 82
  83. 83
  84. 84
  85. 85
  86. 86
  87. 87
  88. 88
  89. 89
  90. 90
  91. 91
  92. 92
  93. 93
  94. 94
  95. 95
  96. 96
  97. 97
  98. 98
  99. 99
  100. 100
  101. 101
  102. 102
  103. 103
  104. 104
  105. 105
  106. 106
  107. 107
  108. 108
  109. 109
  110. 110
  111. 111
  112. 112
  113. 113
  114. 114
  115. 115
  116. 116
  117. 117
  118. 118
  119. 119
  120. 120
  121. 121
  122. 122
  123. 123
  124. 124
  125. 125
  126. 126
  127. 127
  128. 128
  129. 129
  130. 130
  131. 131
  132. 132
  133. 133
  134. 134
  135. 135
  136. 136
  137. 137
  138. 138
  139. 139
  140. 140
  141. 141
  142. 142
  143. 143
  144. 144
  145. 145
  146. 146
  147. 147
  148. 148
  149. 149
  150. 150

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.