Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 96

Allah, Raja yang Agung

1 Nyanyikanlah lagu baru untuk TUHAN!

Bernyanyilah untuk TUHAN, hai seluruh dunia!

2 Bernyanyilah untuk TUHAN, dan pujilah Dia!

Setiap hari isytiharkanlah berita baik bahawa Dia telah menyelamatkan kita.

3 Isytiharkanlah keagungan-Nya kepada bangsa-bangsa,

dan perbuatan-Nya yang mengagumkan kepada segenap manusia.

4 TUHAN itu agung dan mesti dipuji setinggi-tingginya,

Dia mesti dihormati lebih daripada semua dewa.

5 Dewa-dewa bangsa lain hanya patung berhala,

tetapi TUHAN pencipta angkasa raya.

6 Kemuliaan dan keagungan mengelilingi Dia,

tempat kediaman-Nya dipenuhi kuasa dan semarak-Nya.

7 Hai semua orang di bumi, pujilah TUHAN!

Pujilah keagungan dan keperkasaan-Nya!

8 Pujilah nama TUHAN yang mulia;

bawalah persembahan dan masuklah ke dalam kediaman-Nya.

9 Mzm 29.1-2 Bersujudlah di hadapan TUHAN apabila Dia muncul;apabila Dia muncul; atau dengan berpakaian ibadat.

gementarlah di hadapan-Nya, hai seluruh bumi!

10 Katakanlah kepada semua bangsa, "TUHAN itu raja!

Bumi dikukuhkan dan tidak dapat digoncang;

Dia akan menghakimi semua bangsa dengan adil."

11 Bersukacitalah, hai bumi dan langit!

Berderulah, hai laut dan segala isimu!

12 Bergembiralah, hai ladang-ladang dan segala tanamanmu!

Pokok-pokok di hutan akan bersorak kegirangan,

13 apabila TUHAN datang untuk memerintah bumi.

Dia akan memerintah penduduk dunia

dengan jujur dan adil.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também