Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 138

Doa Kesyukuran

1 Mazmur Daud.

Ya TUHAN, aku bersyukur kepada-Mu

dengan sepenuh hatiku;

aku menyanyikan pujian untuk-Mu

di hadapan makhluk-makhluk syurga.

2 Aku menghadap Rumah-Mu yang suci,

aku sujud dan memuji nama-Mu

kerana Engkau setia dan kasih-Mu kekal,

kerana Engkau telah menunjukkan

bahawa nama-Mu dan firman-Mu agung.Dapat bermakna: nama-Mu dan firman-Mu agung; Menurut naskhah Ibrani:firman-Mu lebih besar daripada nama-Mu.

3 Engkau menjawab apabila aku berseru kepada-Mu;

Engkau menguatkan aku sehingga aku berani.

4 Semua raja di dunia akan memuji Engkau, ya TUHAN,

kerana mereka telah mendengar janji-janji-Mu.

5 Mereka akan menyanyi tentang perbuatan-Mu,

dan tentang kemuliaan-Mu yang besar.

6 Walaupun Engkau begitu agung,

Engkau memperhatikan orang yang hina,

dan orang sombong tidak dapat bersembunyi daripada-Mu.

7 Ketika aku ditimpa kesusahan,

Engkau memelihara aku;

Engkau menentang musuhku yang ganas,

dan menyelamatkan aku dengan kuasa-Mu.

8 Engkau akan memenuhi segala janji-Mu kepadaku;

ya TUHAN, kasih-Mu kekal abadi.

Jangan tinggalkan umat yang telah Engkau jadikan.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também