Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 41

Doa Minta Penyembuhan

1 Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.

2 Berbahagialah orang yang mengambil berat terhadap orang yang tidak berdaya;

TUHAN akan menolong mereka ketika mereka dalam kesusahan.

3 TUHAN akan melindungi dan memelihara mereka,

TUHAN akan membahagiakan mereka di negeri ini;

TUHAN tidak akan menyerahkan mereka kepada musuh.

4 TUHAN akan menolong mereka ketika mereka sakit

dan memulihkan kesihatan mereka.

5 Aku berkata, "Ya TUHAN, aku telah berdosa terhadap-Mu;

kasihanilah aku dan sembuhkanlah aku!"

6 Musuhku mengumpat aku.

Mereka mahu aku mati dan dilupakan.

7 Mereka yang mengunjungi aku tidak ikhlas;

mereka mengumpulkan segala berita yang buruk tentang aku,

lalu keluar dan menyebarkannya ke mana-mana.

8 Semua orang yang membenci aku berbisik-bisik tentang diriku,

mereka memikirkan yang paling buruk tentang aku.memikirkan...aku; atau membuat rancangan jahat untuk mencelakakan aku.

9 Mereka berkata, "Dia sakit teruk sekali

dan tidak akan bangun dari katilnya lagi."

10 Mat 26.23;Mrk 14.18;Luk 22.21;Yoh 13.18 Bahkan sahabat karibku yang paling aku percayai,

orang yang makan bersama-samaku, telah menentang aku.

11 Kasihanilah aku, ya TUHAN, dan pulihkanlah kesihatanku,

agar aku dapat membalas musuh-musuhku.

12 Maka tahulah aku bahawa Engkau berkenan kepadaku,

kerana musuhku tidak akan mengalahkan aku.

13 Engkau akan menolong aku, kerana ketulusanku;

Engkau membolehkan aku berada di hadirat-Mu selama-lamanya.

14 Mzm 106.48 Marilah kita memuji TUHAN, Allah umat Israel;

pujilah Dia sekarang dan selama-lamanya.

Amin! Amin!

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também