Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 78

Allah dengan Umat-Nya

1 Sajak Asaf.

Dengarlah ajaranku, hai umatku,

dan perhatikanlah kata-kataku.

2 Mat 13.35 Aku akan menggunakan kata-kata hikmat,

dan menjelaskan rahsia zaman dahulu,

3 perkara yang telah kita dengar dan ketahui,

yang telah diberitahu oleh nenek moyang kita.

4 Kita tidak akan merahsiakannya daripada anak-anak kita,

kita akan memberitahu keturunan yang akan datang

tentang kuasa TUHAN dan tindakan-Nya yang hebat,

serta perbuatan ajaib yang telah dilakukan-Nya.

5 Dia memberikan hukum kepada umat-Nya, Israel,

dan perintah kepada keturunan Yakub.

Dia memberikan amanah kepada nenek moyang kita

supaya mengajarkan hukum-Nya kepada anak-anak mereka,

6 supaya keturunan selanjutnya dapat mempelajarinya,

dan kemudian memberitahunya kepada anak-anak mereka.

7 Dengan demikian mereka juga akan berharap kepada Allah,

dan tidak melupakan perbuatan-Nya,

tetapi selalu taat kepada perintah-Nya.

8 Mereka tidak akan menjadi seperti nenek moyang mereka,

umat yang sentiasa memberontak dan tidak taat;

iman mereka tidak pernah kukuh,

dan mereka tidak setia kepada Allah.

9 Orang Efraim yang bersenjatakan busur dan panah,

melarikan diri pada masa pertempuran.

10 Mereka tidak menepati perjanjian dengan Allah;

mereka enggan taat kepada hukum-Nya.

11 Mereka lupa akan segala perbuatan-Nya,

mukjizat yang telah ditunjukkan-Nya kepada mereka.

12 Kel 7.8—12.32 Di hadapan nenek moyang mereka, Allah melakukan mukjizat

di dataran Zoan di negeri Mesir.

13 Kel 14.21-22 Dia membelah laut dan memimpin mereka menyeberanginya;

Dia membuat air tegak seperti tembok.

14 Kel 13.21-22 Pada waktu siang Dia memimpin mereka dengan awan,

dan pada waktu malam dengan cahaya api.

15 Dia membelah bukit batu di gurun,

dan memberi mereka air minum dari dasar bumi.

16 Kel 17.1-7;Bil 20.2-13 Dia membuat air memancar dari batu,

dan airnya mengalir seperti sungai.

17 Tetapi mereka terus berdosa terhadap Allah,

serta memberontak terhadap Yang Maha Tinggi di padang gurun.

18 Mereka sengaja menguji Allah,

mereka meminta makanan yang diinginkan.

19 Mereka melawan Allah dengan berkata,

"Dapatkah Allah menyediakan makanan di gurun?

20 Memang benar Dia telah membelah bukit batu,

dan air sederas sungai mengalir daripadanya;

tetapi dapatkah Dia menyediakan roti bagi kita,

dan memberikan daging bagi umat-Nya?"

21 Itulah sebabnya, TUHAN murka ketika mendengar permintaan mereka;

Dia menyerang umat-Nya dengan api,

dan menjadi semakin murka terhadap mereka,

22 kerana mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap-Nya,

dan tidak percaya bahawa Dia dapat menyelamatkan mereka.

23 Tetapi Allah berfirman kepada langit di atas,

dan memberikan perintah supaya pintunya dibuka.

24 Yoh 6.31 Dia memberi mereka biji-bijian dari syurga,

dengan menurunkan mannamanna: Lihat Kamus dan juga Kel 16.14-21 serta Bil 11.7-9. untuk makanan mereka.

25 Demikianlah mereka makan makanan malaikat.

Allah memberi mereka makanan berlimpah-limpah.

26 Dia menyebabkan angin timur bertiup,

dan dengan kuasa-Nya angin selatan berhembus.

27 Untuk umat-Nya,

Dia menurunkan burung,

burung sebanyak pasir di pantai;

28 burung jatuh di tempat perkhemahan mereka,

di sekeliling tempat kediaman mereka.

29 Lalu mereka makan hingga kenyang;

Allah memberikan apa yang dikehendaki mereka.

30 Tetapi nafsu mereka belum dipuaskan,

dan sementara mereka makan,

31 Kel 16.2-15;Bil 11.4-23,31-35 Allah naik murka terhadap mereka,

dan membunuh orang Israel yang muda dan perkasa.

32 Meskipun begitu, mereka masih terus berdosa,

meskipun Allah melakukan mukjizat,

mereka tidak percaya kepada-Nya.

33 Oleh itu Allah mencabut nyawa mereka,

dan memutuskan nafas mereka dengan tiba-tiba.

34 Setiap kali Allah membunuh sebilangan daripada mereka,

yang lain kembali kepada-Nya;

mereka bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh kepada-Nya.

35 Mereka ingat bahawa Allah pelindung mereka,

bahawa Yang Maha Kuasa penyelamat mereka.

36 Tetapi segala perkataan mereka itu dusta belaka,

dan segala ucapan mereka bohong semata-mata.

37 Kis 8.21 Mereka tidak setia kepada-Nya;

mereka tidak berpegang kepada perjanjian dengan Allah.

38 Tetapi Allah mengasihani umat-Nya.

Dia mengampunkan dosa mereka

dan tidak membinasakan mereka.

Kerap kali Dia menahan kemarahan-Nya,

dan tidak melepaskan kemurkaan-Nya.

39 Dia ingat bahawa mereka hanya manusia fana,

seperti angin yang bertiup lalu tiada.

40 Betapa seringnya mereka memberontak terhadap-Nya di gurun;

betapa kerapnya mereka menyedihkan hati-Nya!

41 Berkali-kali mereka menguji Allah,

dan menyakiti hati Yang Maha Suci, Allah umat Israel.

42 Mereka lupa akan kuasa-Nya yang besar;

dan waktu Allah menyelamatkan mereka daripada musuh,

43 ketika Dia melakukan keajaiban-keajaiban di Mesir,

dan mukjizat-mukjizat di dataran Zoan.

44 Kel 7.17-21 Dia mengubah air sungai menjadi darah,

sehingga orang Mesir tidak dapat minum airnya.

45 Kel 8.1-6,8.20-24 Dia menghantar lalat untuk menyeksa orang Mesir,

dan katak untuk merosakkan ladang mereka.

46 Kel 10.12-15 Dia menghantar belalang untuk makan tanaman mereka,

dan untuk memusnahkan ladang mereka.

47 Dia memusnahkan pokok anggur mereka dengan hujan batu,

dan pokok ara mereka dengan embun yang beku.

48 Kel 9.22-25 Dia membunuh ternakan mereka dengan hujan batu,

dan binatang mereka dengan kilat.hujan batu...kilat; atau penyakit yang menakutkan ...wabak yang mematikan.

49 Dia mencemaskan mereka,

dengan melepaskan kemurkaan-Nya yang menyala-nyala,

bagaikan utusan yang mendatangkan maut.

50 Dia tidak menahan kemurkaan-Nya atau membiarkan mereka hidup,

tetapi Dia membunuh mereka dengan wabak.

51 Kel 12.29 Dia membunuh anak lelaki sulung

daripada semua keluarga orang Mesir.

52 Kel 13.17-22 Kemudian seperti gembala, Allah memimpin umat-Nya

dan membimbing mereka melalui gurun.

53 Kel 14.26-28 Dia membimbing mereka dengan aman sehingga mereka tidak takut,

tetapi musuh mereka mati lemas di dalam laut.

54 Kel 15.17;Yos 3.14-17 Dia membawa umat-Nya ke tanah-Nya yang suci,

ke gunung yang telah ditaklukkan-Nya sendiri.

55 Yos 11.16-23 Dia mengusir penduduk di situ sedang umat-Nya mara,

lalu membahagikan negeri itu kepada semua suku Israel,

dan memberi mereka tempat kediaman musuh.

56 Hak 2.11-15 Tetapi umat-Nya memberontak dan menguji Allah Yang Maha Kuasa;

mereka tidak taat kepada perintah-perintah-Nya.

57 Mereka memberontak dan berkhianat seperti nenek moyang mereka;

seperti anak panah yang bengkok, mereka tidak boleh diharap.

58 Mereka membuat Allah murka dengan tempat penyembahan berhala,

dan menjadikan Dia marah dengan patung-patung berhala.

59 Allah murka ketika melihat hal ini,

lalu menolak umat-Nya sama sekali.

60 Yos 18.1;Yer 7.12-14,26.6 Dia meninggalkan khemah-Nya di Silo,Silo: Pusat penyembahan Allah bagi orang Israel sebelum masa Raja Daud.

tempat kediaman-Nya di kalangan umat-Nya.

61 1 Sam 4.4-22 Dia membiarkan musuh merebut Tabut Perjanjian,

lambang kuasa dan kemuliaan-Nya.

62 Dia murka terhadap umat-Nya sendiri,

dan membiarkan mereka dibunuh oleh musuh mereka.

63 Teruna terbunuh dalam peperangan,

dan anak dara tidak mendapat pasangan.

64 Imam dibunuh dengan pedang,

dan balu mereka tidak dibenarkan meratap.

65 Akhirnya Tuhan bangun seolah-olah daripada tidur;

Dia bersemangat seperti orang kuat yang sudah minum wain.

66 Dia memukul mundur musuh-musuh-Nya,

dan mempermalukan mereka selama-lamanya;

67 tetapi Dia menolak keturunan Yusuf;

Dia tidak memilih suku Efraim.

68 Sebaliknya Dia memilih suku Yehuda

dan Bukit Sion yang sangat dikasihi-Nya.

69 Di sana Dia mendirikan Rumah-Nya

seperti kediaman-Nya di syurga,

dan seperti bumi, kukuh selama-lamanya.

70 Dia memilih hamba-Nya, Daud,

dan mengambil dia dari padang rumput,

71 1 Sam 16.11-12;2 Sam 7.8;1 Taw 17.7 dari tempat dia menjaga ternakan,

dan menjadikan dia raja Israel

untuk menggembalakan umat Allah.

72 Daud menjaga mereka dengan penuh perhatian,

dan membimbing mereka dengan kecekapan.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também