Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 52

Hukuman terhadap Orang Jahat

1 Untuk pemimpin koir. Sajak Daud, 2 1 Sam 22.9-10 pada masa Doeg, orang Edom itu menghadap Raja Saul dan memberitahu baginda bahawa Daud sudah pergi ke rumah Abimelekh.

3 Hai orang gagah, mengapa engkau membanggakan kejahatanmu

terhadap orang yang dikasihi Allah?

4 Sepanjang hari engkau merancang kehancuran orang;

mulutmu setajam pisau cukur,

dan dusta sentiasa engkau karang.

5 Engkau lebih mencintai kejahatan daripada kebaikan,

dan lebih menyukai fitnah daripada kebenaran.

6 Engkau suka menyakiti hati orang dengan kata-kata.

Engkau pendusta!

7 Oleh itu, Allah akan memusnahkan engkau selama-lamanya;

Dia akan menangkap dan menarik engkau dari rumah;

Dia akan melenyapkan engkau dari dunia orang hidup.

8 Orang salih akan melihat perbuatan ini dan berasa takut;

mereka akan mentertawakan engkau, dan berkata,

9 "Lihat, inilah orang yang tidak berlindung kepada Allah,

tetapi yakin akan kekayaannya yang berlimpah,

dan mencari perlindungan dalam jenayah."

10 Tetapi aku umpama pokok zaitun yang tumbuh di Rumah Allah;

aku bergantung kepada kasih-Nya selama-lamanya.

11 Ya Allah, aku akan sentiasa bersyukur kepada-Mu,

kerana segala perbuatan-Mu;

di tengah-tengah umat-Mu,

aku akan memberitakan kebaikan-Mu.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também