Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 87

Pujian bagi Yerusalem

1 Mazmur puak Korah. Sebuah lagu.

TUHAN membina kota-Nya di atas bukit yang suci;bukit yang suci: Lihat 2.6.

2 Dia lebih mengasihi kota Yerusalem

daripada tempat lain di Israel.

3 Dengarlah, hai kota Allah,

hal-hal baik yang disebut-Nya tentangmu:

4 "Apabila aku menyenaraikan bangsa-bangsa yang taat kepada-Ku,

Aku akan memasukkan Mesir dan Babilonia;

bahkan Filistea, Tirus, dan Etiopia,Etiopia: Lihat 68.32.

akan tergolong sebagai penduduk Yerusalem."

5 Tentang Sion, akan dikatakan

bahawa semua bangsa termasuk warga kota itu,

dan Yang Maha Kuasa akan mengukuhkannya.

6 TUHAN akan memasukkan bangsa-bangsa,

dalam senarai penduduk Yerusalem.

7 Mereka akan menari dan menyanyi,

"Sionlah sumber segala berkat kami."

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também