Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 99

Allah, Raja yang Agung

1 Kel 25.22 TUHAN itu raja,

orang gementar kerana Dia;

Dia bertakhta di atas kerub,kerub: Lihat 18.10.

dan bumi pun bergoncang.

2 TUHAN sangat berkuasa di Sion;

Dia penguasa tertinggi atas semua bangsa.

3 Setiap orang akan memuji

nama-Nya yang agung dan mulia.

Sucilah Dia!

4 Hai Raja yang perkasa,Dapat bermakna: Hai Raja yang perkasa; Naskhah Ibrani:Keperkasaan Raja.

Engkau mencintai hukum;

Engkau telah menegakkan keadilan di Israel,

Engkau telah melaksanakan hukum dan keadilan.

5 Pujilah TUHAN, Allah kita;

sujudlah di hadapan takhta-Nya!

Sucilah Dia!

6 Musa dan Harun termasuk imam-imam-Nya,

dan Samuel salah seorang yang berdoa kepada Dia;

mereka berseru kepada TUHAN dan Dia menjawab mereka.

7 Kel 33.9 Dari tiang awan, Dia berfirman kepada mereka;

mereka patuh kepada hukum dan perintah yang diberikan-Nya.

8 Ya TUHAN, Allah kami,

Engkau mengabulkan permintaan umat-Mu;

Engkau menunjukkan bahawa Engkau Allah yang suka mengampuni orang,

walaupun Engkau menghukum mereka kerana dosa mereka.

9 Pujilah TUHAN, Allah kita

dan sembahlah Dia di atas bukit-Nya yang suci!bukit...suci: Lihat 2.6.

TUHAN, Allah kita suci.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também