Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 127

Memuji Kebaikan Allah

1 Lagu ziarah oleh Raja Salomo.

Jika bukan TUHAN yang mendirikan rumah,

sia-sialah usaha orang yang mendirikannya;

jika bukan TUHAN yang melindungi kota,

sia-sialah usaha orang yang mengawalnya.

2 Sia-sia sahaja bangun pagi-pagi dan tidur larut malam,

bekerja keras mencari nafkah,

kerana TUHAN memberikan segalanya kepada orang yang dikasihi-Nya,

sementara mereka sedang tidur.

3 Anak-anak adalah anugerah TUHAN;

mereka adalah berkat-Nya.

4 Anak-anak lelaki yang diperoleh seorang bapa pada waktu mudanya,

adalah seperti anak panah di tangan seorang askar.

5 Berbahagialah orang yang mempunyai banyak anak panah yang sedemikian.

Dia tidak sekali-kali akan dikalahkan

ketika menghadapi musuh di tempat pengadilan.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também