Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 98

Allah Penguasa Dunia

1 Mazmur.

Nyanyikanlah lagu baru untuk TUHAN;

Dia telah melakukan perbuatan yang menakjubkan!

Dengan kuasa dan kekuatan-Nya sendiri,

Dia telah mencapai kemenangan.

2 TUHAN mengumumkan kemenangan-Nya;

Dia menyatakan keadilan-Nya kepada bangsa-bangsa.

3 Dia menepati janji-Nya kepada orang Israel, umat-Nya

dengan kasih dan kesetiaan kepada mereka.

Semua bangsa di seluruh dunia

telah melihat kemenangan Allah kita.

4 Hai seluruh bumi, bernyanyilah untuk TUHAN dengan girang;

pujilah Dia dengan lagu dan sorakan!

5 Nyanyikanlah pujian untuk TUHAN,

pujilah Dia dengan memetik kecapi.

6 Tiuplah trompet dan sangkakala,

bersoraklah di hadapan TUHAN, Raja kita!

7 Berderulah,

hai laut dan segala isimu,

bernyanyilah,

hai bumi dan semua yang mendiamimu.

8 Bertepuk tanganlah,

hai sungai-sungai;

bersorak-sorailah di hadapan TUHAN, hai bukit-bukit,

9 kerana TUHAN datang untuk memerintah bumi.

Dia akan memerintah penduduk dunia dengan adil dan jujur.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também