Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 132

Pujian bagi Rumah TUHAN

1 Lagu ziarah.

Ya TUHAN, ingatlah akan Daud,

dan segala kesusahan yang ditanggungnya.

2 Ingatlah akan janjinya kepada-Mu, ya TUHAN,

dan nazarnya kepada-Mu, Yang Maha Kuat, Allah yang disembah Yakub.

3 Katanya, "Aku tidak akan pulang atau tidur;

4 aku tidak akan berehat atau melelapkan mata,

5 sehingga aku membina rumah bagi TUHAN,

tempat kediaman bagi Yang Maha Kuat, Allah yang disembah Yakub."

6 Kami mendengar tentang Tabut Perjanjian di Betlehem,

dan menemuinya di padang Yaar.

7 Kami berkata, "Marilah kita pergi ke Rumah TUHAN;

marilah kita sembah Dia di hadapan takhta-Nya."

8 Datanglah dan tinggallah di Rumah-Mu, ya TUHAN,

bersama-sama Tabut Perjanjian, lambang kekuasaan-Mu.

9 Hendaklah imam-imam-Mu sentiasa melakukan apa yang benar;

hendaklah umat-Mu bersorak-sorak kerana sukacita.

10 2 Taw 6.41-42 Engkau telah berjanji kepada Daud, hamba-Mu.

Ya TUHAN, janganlah tolak raja pilihan-Mu.

11 2 Sam 7.12-16;1 Taw 17.11-14;Mzm 89.3-4;Kis 2.30 Engkau telah berjanji dengan sumpah kepada Daud -

Engkau tidak akan memungkiri janji ini:

"Aku akan melantik salah seorang anakmu menjadi raja,

dan dia akan mewarisi takhtamu.

12 Jika anak-anakmu setia kepada perjanjian-Ku,

dan kepada perintah yang Aku beri mereka,

maka anak-anak mereka juga akan mewarisi takhtamu selama-lamanya."

13 TUHAN telah memilih Sion;

Dia hendak menjadikannya tempat tinggal-Nya.

14 Dia berfirman, "Di sinilah tempat kediaman-Ku selama-lamanya;

Aku hendak tinggal di tempat ini.

15 Aku akan memberi Sion segala keperluannya sehingga berlimpah-limpah;

Aku akan mengenyangkan penduduknya yang miskin dengan makanan.

16 Imam-imamnya memperlihatkan penyelamatan daripada-Ku,

dan rakyatnya akan bersorak-sorak kerana sukacita.

17 1 Raj 11.36 Di Sion seorang keturunan Daud akan Aku jadikan raja yang agung;

Aku akan mengukuhkan pemerintahan raja pilihan-Ku.

18 Aku akan mempermalukan musuh-musuhnya,

tetapi kerajaannya aman dan makmur."

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também