Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 86

Doa Minta Tolong

1 Doa Daud.

Dengarlah seruanku, ya TUHAN, dan kabulkanlah doaku,

kerana aku lemah dan tidak berdaya.

2 Selamatkanlah aku daripada maut, kerana aku setia kepada-Mu;

selamatkanlah aku, hamba-Mu yang percaya kepada-Mu.

3 Engkaulah Allahku; kasihanilah aku;

sepanjang hari aku berdoa kepada-Mu.

4 Ya Tuhan, gembirakanlah hati hamba-Mu,

kerana aku menaikkan doa kepada-Mu.

5 Ya Tuhan, Engkau baik dan suka mengampuni orang,

Engkau mengasihi mereka yang berdoa kepada-Mu.

6 Dengarlah doaku, ya TUHAN,

dengarlah aku minta pertolongan.

7 Ketika aku dalam kesusahan, aku berseru kepada-Mu

kerana Engkau mengabulkan doaku.

8 Tiada tuhan yang seperti Engkau, ya Tuhan,

tiada yang dapat melakukan apa yang Engkau lakukan.

9 Why 15.4 Semua bangsa yang telah Engkau cipta akan datang, ya Tuhan,

untuk menyembah-Mu dan memuji kebesaran-Mu.

10 Engkau berkuasa dan melakukan perkara yang ajaib;

hanya Engkaulah Allah.

11 Ajarlah aku kehendak-Mu, ya TUHAN,

dan aku akan menurutnya dengan setia;

ajarlah aku menghormati Engkau dengan sungguh-sungguh.

12 Aku akan memuji Engkau dengan sepenuh hati, ya Tuhan, Allahku;

aku akan mengisytiharkan kebesaran-Mu selama-lamanya.

13 Betapa besarnya kasih-Mu untukku;

Engkau telah menyelamatkan aku dari kubur.

14 Ya Allah, orang sombong datang melawan aku;

sekumpulan orang kejam berusaha untuk membunuh aku;

mereka tidak mempedulikan Engkau.

15 Tetapi Engkau, ya Tuhan, Allah pengasih dan penyayang,

sentiasa sabar, baik, dan setia.

16 Pandanglah aku dan kasihanilah aku;

kuatkanlah aku dan selamatkanlah aku,

kerana aku mengabdi kepada-Mu seperti ibuku dahulu.

17 Ya TUHAN, buktikanlah kebaikan-Mu kepadaku,

maka mereka yang membenci aku akan tersipu-sipu,

ketika melihat Engkau menghiburkan dan menolong aku.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também