Pular para o conteúdo
Publicidade

Mazmur 118

Doa Kesyukuran bagi Kemenangan

1 1 Taw 16.34;2 Taw 5.13,7.3;Ezr 3.11;Mzm 100.5,106.1,107.1,136.1;Yer 33.11 Bersyukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik,

dan kasih-Nya kekal abadi.

2 Hendaklah umat Israel berkata,

"Kasih-Nya kekal abadi."

3 Hendaklah imam-imam Allah berkata,

"Kasih-Nya kekal abadi."

4 Hendaklah semua orang yang menyembah Dia berkata,

"Kasih-Nya kekal abadi."

5 Dalam kesukaran, aku berseru kepada TUHAN;

Dia mengabulkan doaku dan membebaskan aku.

6 Ibr 13.6 Aku tidak takut kerana TUHAN menyertai aku;

apakah yang dapat dilakukan manusia terhadap aku?

7 TUHAN itulah yang menolong aku,

aku akan melihat musuh-musuhku dikalahkan.

8 Lebih baik berlindung kepada TUHAN,

daripada mengharapkan manusia.

9 Lebih baik berlindung kepada TUHAN,

daripada mengharapkan pemimpin.

10 Banyak musuh mengelilingi aku,

tetapi aku membinasakan mereka dengan kuasa TUHAN.

11 Mereka mengepung aku dari segala arah,

tetapi aku membinasakan mereka dengan kuasa TUHAN.

12 Mereka menyerbu aku seperti lebah,

tetapi mereka terbakar secepat belukar;

aku membinasakan mereka dengan kuasa TUHAN.

13 Aku diserang dengan sengit dan hampir dikalahkan,

tetapi TUHAN menolong aku.

14 Kel 15.2;Yes 12.2 TUHAN menjadikan aku gagah dan perkasa;

Dia telah menyelamatkan aku.

15 Dengarlah sorakan kemenangan di dalam khemah umat Allah;

"TUHAN melakukan perbuatan perkasa!

16 Kuasa TUHAN memberi kita kemenangan,

TUHAN melakukan perbuatan perkasa!"

17 Aku tidak akan mati, tetapi aku akan hidup,

untuk menceritakan perbuatan TUHAN.

18 Dia telah menghukum aku dengan berat,

tetapi Dia tidak membiarkan aku mati.

19 Bukalah pintu gerbang Rumah TUHAN untukku,

supaya aku masuk dan bersyukur kepada TUHAN!

20 Inilah pintu gerbang TUHAN;

hanya umat Allah boleh memasukinya.

21 Aku memuji-Mu, TUHAN, kerana Engkau mendengar seruanku,

kerana Engkau telah memberi aku kemenangan.

22 Luk 20.17;Kis 4.11;1 Ptr 2.7 Batu yang dibuang pembina-pembina itu

telah menjadi batu yang paling utama.

23 Mat 21.42;Mrk 12.10-11 Inilah perbuatan TUHAN;

sungguh mengagumkan bagi kita!

24 Inilah hari kemenangan TUHAN;

marilah kita rayakannya dengan gembira.

25 Mat 21.9;Mrk 11.9;Yoh 12.13 Kami memohon supaya Engkau menyelamatkan kami, ya TUHAN!

Ya TUHAN, berilah kami kejayaan!

26 Mat 21.9,23.39;Mrk 11.9;Luk 13.35,19.38;Yoh 12.13 Semoga Allah memberkati dia yang datang demi nama TUHAN!

Dari Rumah TUHAN, kami memberkati kamu semua.

27 TUHAN itu Allah;

Dia baik kepada kita.

Dengan melambai-lambaikan dahan pokok, mulakanlah perayaan

dan berjalanlah mengelilingi mazbah.

28 Engkaulah Allahku, aku bersyukur kepada-Mu;

aku akan mengagungkan Engkau.

29 Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik,

dan kasih-Nya kekal abadi.

Todos os capítulos de Mazmur 150
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51
  52. 52
  53. 53
  54. 54
  55. 55
  56. 56
  57. 57
  58. 58
  59. 59
  60. 60
  61. 61
  62. 62
  63. 63
  64. 64
  65. 65
  66. 66
  67. 67
  68. 68
  69. 69
  70. 70
  71. 71
  72. 72
  73. 73
  74. 74
  75. 75
  76. 76
  77. 77
  78. 78
  79. 79
  80. 80
  81. 81
  82. 82
  83. 83
  84. 84
  85. 85
  86. 86
  87. 87
  88. 88
  89. 89
  90. 90
  91. 91
  92. 92
  93. 93
  94. 94
  95. 95
  96. 96
  97. 97
  98. 98
  99. 99
  100. 100
  101. 101
  102. 102
  103. 103
  104. 104
  105. 105
  106. 106
  107. 107
  108. 108
  109. 109
  110. 110
  111. 111
  112. 112
  113. 113
  114. 114
  115. 115
  116. 116
  117. 117
  118. 118
  119. 119
  120. 120
  121. 121
  122. 122
  123. 123
  124. 124
  125. 125
  126. 126
  127. 127
  128. 128
  129. 129
  130. 130
  131. 131
  132. 132
  133. 133
  134. 134
  135. 135
  136. 136
  137. 137
  138. 138
  139. 139
  140. 140
  141. 141
  142. 142
  143. 143
  144. 144
  145. 145
  146. 146
  147. 147
  148. 148
  149. 149
  150. 150

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.