Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 126

Doa Minta Pemulihan

1 Lagu ziarah.

Apabila TUHAN membawa kita balik ke Yerusalem,membawa kita balik ke Yerusalem; atau menjadikan Yerusalem makmur semula.

kita seperti bermimpi!

2 Kita tertawa dan menyanyi kerana gembira!

Lalu bangsa-bangsa lain berkata tentang kita,

"TUHAN telah melakukan perkara-perkara hebat untuk mereka."

3 Memang TUHAN telah melakukan perkara-perkara yang hebat untuk kita;

itulah sebabnya kita bersukacita!

4 Ya TUHAN, jadikanlah kami makmur semula,jadikanlah...semula; atau bawalah kami balik ke negeri kami.

seperti sungai kering berair semula pada musim hujan.

5 Semoga orang yang menabur benih sambil menangis,

dapat menuai hasilnya sambil bergembira!

6 Orang yang menabur benih sambil mencucurkan air mata,

akan pulang membawa hasil tanaman sambil menyanyi dengan gembira.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também