Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 136

Lagu Kesyukuran

1 1 Taw 16.34;2 Taw 5.13,7.3;Ezr 3.11;Mzm 100.5,106.1,107.1,118.1;Yer 33.11 Bersyukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik;

kasih-Nya kekal abadi.

2 Bersyukurlah kepada Allah Yang Maha Tinggi;

kasih-Nya kekal abadi.

3 Bersyukurlah kepada Tuhan Yang Maha Besar;

kasih-Nya kekal abadi.

4 Hanya Dia yang melakukan keajaiban besar;

kasih-Nya kekal abadi.

5 Kej 1.1 Dengan kebijaksanaan-Nya Dia menjadikan langit;

kasih-Nya kekal abadi.

6 Kej 1.2 Dia menghamparkan bumi di atas air;

kasih-Nya kekal abadi.

7 Dia menjadikan matahari dan bulan;

kasih-Nya kekal abadi.

8 Dia menjadikan matahari untuk memerintah siang;

kasih-Nya kekal abadi.

9 Kej 1.16 Dia menjadikan bulan dan bintang untuk memerintah malam;

kasih-Nya kekal abadi.

10 Kel 12.29 Dia membunuh anak lelaki sulung orang Mesir;

kasih-Nya kekal abadi.

11 Kel 12.51 Dia memimpin umat Israel keluar dari Mesir;

kasih-Nya kekal abadi.

12 Dia melakukan semuanya dengan tangan yang kuat dan perkasa;

kasih-Nya kekal abadi.

13 Dia membelah Laut Gelagah;Laut Gelagah: Lihat 106.7.

kasih-Nya kekal abadi.

14 Dia memimpin umat-Nya melalui laut itu;

kasih-Nya kekal abadi;

15 Kel 14.21-29 tetapi Dia menenggelamkan raja Mesir dan tenteranya;

kasih-Nya kekal abadi.

16 Dia memimpin umat-Nya melalui gurun;

kasih-Nya kekal abadi.

17 Dia membunuh raja-raja yang berkuasa;

kasih-Nya kekal abadi.

18 Dia membunuh raja-raja yang termasyhur;

kasih-Nya kekal abadi.

19 Bil 21.21-30 Dia membunuh Sihon, raja orang Amori;

kasih-Nya kekal abadi.

20 Bil 21.31-35 Dia membunuh Og, raja negeri Basan;

kasih-Nya kekal abadi.

21 Dia memberikan negeri mereka kepada umat-Nya;

kasih-Nya kekal abadi.

22 Dia memberikannya kepada Israel, hamba-Nya;

kasih-Nya kekal abadi.

23 Dia tidak melupakan kita apabila kita dikalahkan;

kasih-Nya kekal abadi.

24 Dia membebaskan kita daripada musuh-musuh kita;

kasih-Nya kekal abadi.

25 Dia memberikan makanan kepada semua makhluk hidup;

kasih-Nya kekal abadi.

26 Bersyukurlah kepada Allah penguasa di syurga;

kasih-Nya kekal abadi.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também