Pular para o conteúdo
Publicidade

Mazmur 37

Kesudahan Orang Jahat dan Orang Baik

1 Mazmur Daud.

Jangan geram kerana orang jahat;

jangan cemburu akan mereka yang berbuat salah.

2 Mereka segera lenyap seperti rumput,

dan layu seperti tumbuh-tumbuhan hijau.

3 Percayalah kepada TUHAN dan buatlah perkara yang baik;

tinggallah di negeri ini dan kamu akan selamat.

4 Carilah kebahagiaan yang datang daripada TUHAN,

dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu.

5 Serahkanlah hidupmu kepada TUHAN,

berharaplah kepada-Nya dan Dia akan menolong engkau;

6 Dia akan menyebabkan kebaikanmu

bersinar seperti matahari pada waktu tengah hari.

7 Nantikanlah TUHAN dengan hati yang tenang,

tunggulah dengan sabar sampai Dia bertindak.

Jangan geram kerana orang yang hidup makmur,

atau kerana orang yang melakukan tipu muslihat.

8 Jangan marah atau panas hati;

hal itu hanya mendatangkan kecelakaan.

9 Orang yang berharap kepada TUHAN akan mewarisi negeri ini,

tetapi orang yang jahat akan diusir.

10 Orang yang jahat akan lenyap dengan segera;

walaupun dicari, mereka tidak akan dijumpai.

11 Mat 5.5 Orang yang rendah hati akan mewarisi negeri ini,

dan menikmati kemakmuran yang berlimpah-limpah.

12 Orang jahat berkomplot menentang orang baik

dan memandang mereka dengan benci.

13 Tetapi Tuhan mentertawakan orang jahat,

kerana Dia tahu kesudahan mereka sudah dekat.

14 Orang jahat menghunus pedang dan melengkungkan busur

untuk membunuh orang yang miskin dan susah,

untuk membantai orang yang baik;

15 tetapi mereka akan ditikam oleh pedang mereka sendiri,

dan busur mereka akan dipatahkan.

16 Sedikit barang yang dimiliki orang baik

lebih berharga daripada kekayaan semua orang jahat,

17 kerana TUHAN akan mematahkan kuasa orang jahat

dan melindungi orang baik.

18 TUHAN memelihara mereka yang mentaati-Nya,

dan negeri ini menjadi pusaka mereka selama-lamanya.

19 Mereka tidak akan menderita pada masa kesusahan;

mereka akan berkecukupan pada masa kelaparan.

20 Tetapi orang jahat akan mati;

musuh TUHAN akan hilang seperti bunga di padang;

mereka akan lenyap seperti asap.

21 Orang jahat meminjam dan tidak membayar balik,

tetapi orang baik memberi dengan murah hati.

22 Mereka yang diberkati TUHAN akan mewarisi negeri ini,

tetapi mereka yang dikutuk oleh-Nya akan diusir.

23 TUHAN memimpin orang ke jalan yang harus ditempuhnya

dan melindungi orang yang diperkenankan-Nya.

24 Jika orang itu jatuh, dia tidak akan cedera,

kerana TUHAN memegang tangannya.

25 Kini aku sudah tua dan sudah hidup lama,

tetapi aku tidak pernah melihat orang baik ditinggalkan TUHAN,

ataupun anak mereka meminta-minta makanan.

26 Mereka sentiasa memberi dan meminjamkan dengan murah hati,

dan anak-anak mereka menjadi berkat bagi mereka.

27 Tinggalkanlah yang jahat dan lakukanlah yang baik,

supaya keturunanmu hidup di negeri ini selama-lamanya;

28 kerana TUHAN suka akan kebenaran,

dan tidak meninggalkan umat-Nya yang setia.

Dia melindungi mereka selama-lamanya,

tetapi keturunan orang jahat akan diusir.

29 Orang yang salih akan memiliki negeri ini,

dan tinggal di sini selama-lamanya.

30 Kata-kata orang yang baik itu bijak,

dan mereka sendiri pun adil.

31 Mereka menyimpan Taurat Allah dalam hati

dan tidak menyimpang daripadanya.

32 Orang jahat mengawasi orang baik

serta mencari kesempatan untuk membunuh mereka;

33 tetapi TUHAN tidak menyerahkan mereka ke dalam tangan musuh

ataupun membiarkan mereka dihukum ketika diadili.

34 Berharaplah kepada TUHAN dan taatilah perintah-Nya;

Dia akan memberi kamu negeri ini untuk menghormatimu,

dan kamu akan melihat orang jahat dihalau.

35 Aku pernah melihat orang jahat yang suka menindas orang lain;

mereka tinggi seperti pokok sedar di ;

36 kemudian akuBeberapa terjemahan kuno:aku; Naskhah Ibrani:dia. lalu, tetapi mereka tiada lagi;

aku mencari tetapi tidak menjumpai mereka.

37 Perhatikanlah orang yang baik dan orang yang salih;

orang yang suka akan perdamaian mempunyai keturunan;

38 tetapi orang yang berdosa akan dibinasakan,

dan keturunan mereka pun dihapuskan.

39 Orang yang salih diselamatkan oleh TUHAN;

Dia melindungi mereka pada masa kesusahan.

40 Dia menolong dan menyelamatkan mereka;

serta membebaskan mereka daripada orang jahat,

kerana mereka minta perlindungan daripada-Nya.

Lugar Bíblico
Região / Território
Líbano
Hoje: Jezzine
לְבָנוֹןlevanon
O Líbano é uma terra de montanhas e cedros, de onde se cortava madeira com a ajuda dos sidônios e onde Salomão construiu o que quis, além de Jerusalém e do resto de seu domínio (1 Reis 9:19).
33,54° N, 35,58° L
Citado em 57 versículos
Ver página completa
Todos os capítulos de Mazmur 150
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51
  52. 52
  53. 53
  54. 54
  55. 55
  56. 56
  57. 57
  58. 58
  59. 59
  60. 60
  61. 61
  62. 62
  63. 63
  64. 64
  65. 65
  66. 66
  67. 67
  68. 68
  69. 69
  70. 70
  71. 71
  72. 72
  73. 73
  74. 74
  75. 75
  76. 76
  77. 77
  78. 78
  79. 79
  80. 80
  81. 81
  82. 82
  83. 83
  84. 84
  85. 85
  86. 86
  87. 87
  88. 88
  89. 89
  90. 90
  91. 91
  92. 92
  93. 93
  94. 94
  95. 95
  96. 96
  97. 97
  98. 98
  99. 99
  100. 100
  101. 101
  102. 102
  103. 103
  104. 104
  105. 105
  106. 106
  107. 107
  108. 108
  109. 109
  110. 110
  111. 111
  112. 112
  113. 113
  114. 114
  115. 115
  116. 116
  117. 117
  118. 118
  119. 119
  120. 120
  121. 121
  122. 122
  123. 123
  124. 124
  125. 125
  126. 126
  127. 127
  128. 128
  129. 129
  130. 130
  131. 131
  132. 132
  133. 133
  134. 134
  135. 135
  136. 136
  137. 137
  138. 138
  139. 139
  140. 140
  141. 141
  142. 142
  143. 143
  144. 144
  145. 145
  146. 146
  147. 147
  148. 148
  149. 149
  150. 150

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.