Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 46

Allah Menyertai Kita

1 Mazmur puak Korah. Untuk pemimpin koir. Dengan lagu Alamot.

2 Allah perlindungan dan kekuatan kita;

Dia selalu bersedia menolong kita pada masa kesusahan.

3 Oleh itu, kita tidak akan takut, walaupun bumi gempa

dan gunung-gunung jatuh ke dasar laut;

4 walaupun laut mengamuk dan bergelora,

dan gunung bergoncang dengan kuatnya.

5 Ada sebatang sungai yang menggembirakan kota Allah,

tempat kediaman Allah Yang Maha Tinggi.

6 Allah tinggal di situ, kota yang tidak akan dimusnahkan;

ketika masih subuh, Dia akan datang menolongnya.

7 Bangsa-bangsa ketakutan, kerajaan-kerajaan gentar;

ketika Allah mengguntur, bumi pun lebur.

8 TUHAN Yang Maha Kuasa menyertai kita;

Allah Yakub melindungi kita.

9 Mari, lihatlah apa yang telah dilakukan TUHAN.

Lihatlah, perbuatan Allah di bumi sangat menakjubkan.

10 Dia menghentikan perang di seluruh dunia;

Dia mematahkan busur, memusnahkan lembing,

dan membakar perisai.

11 Dia berfirman, "Berhentilah berperang,

ketahuilah bahawa Aku ini Allah,

yang agung antara bangsa-bangsa dan di seluruh bumi."

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também