Pular para o conteúdo
Publicidade

Mazmur 69

Seruan Minta Tolong

1 Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Bunga Bakung. Oleh Daud.

2 Selamatkanlah aku, ya Allah!

Air sudah naik ke leherku;

3 aku hampir tenggelam di lumpur yang dalam,

dan tiada tempat berjejak;

aku berada di air yang dalam,

dan ombak pun hampir melemaskan aku.

4 Aku letih berseru meminta pertolongan,

dan kerongkongku sakit.

Mataku pedih

menantikan pertolongan-Mu.

5 Mzm 35.19;Yoh 15.25 Orang yang membenci aku tanpa sebab,

lebih banyak daripada rambut pada kepalaku.

Musuhku memfitnah aku,

mereka kuat dan mahu membunuh aku.

Mereka memaksa aku menyerahkan barang-barang yang tidak aku curi.

6 Ya Allah, dosa-dosaku tidak tersembunyi daripada-Mu,

Engkau tahu betapa bodohnya aku.

7 Janganlah biarkan aku mendatangkan malu kepada orang yang berharap kepada-Mu,

ya TUHAN Raja Yang Maha Kuasa!

Janganlah biarkan aku mendatangkan aib kepada mereka yang menyembah Engkau,

ya Allah umat Israel!

8 Kerana Engkaulah, aku dikeji,

dan diliputi perasaan malu.

9 Aku bagaikan orang asing kepada saudara-saudaraku,

seperti orang luar kepada keluargaku.

10 Yoh 2.17;Rm 15.3 Cintaku untuk Rumah-Mu berkobar-kobar seperti api;

hinaan yang ditujukan kepada-Mu menimpa diriku.

11 Aku merendahkan diriBeberapa terjemahan kuno:merendahkan diri; Naskhah Ibrani:menangis. dengan berpuasa,

tetapi manusia mencela aku.

12 Ketika aku mengenakan pakaian perkabungan,

mereka mentertawakan aku.

13 Aku menjadi buah mulut di tempat orang berkumpul,

dan nyanyian orang mabuk adalah tentang aku.

14 Tetapi bagiku, aku akan berdoa kepada-Mu, ya TUHAN;

kabulkanlah doaku, ya Allah, menurut waktu-Mu.

Kabulkan doaku demi kasih-Mu yang besar,

kerana Engkau menepati janji untuk menyelamatkan aku.

15 Janganlah biarkan aku tenggelam di dalam lumpur;

selamatkanlah aku daripada musuh-musuhku,

dan daripada air yang dalam.

16 Janganlah biarkan banjir menghanyutkan aku;

janganlah biarkan aku tenggelam di dasar laut,

ataupun terbenam di dalam kubur.

17 Kabulkanlah doaku, ya TUHAN, kerana Engkau baik dan tetap mengasihi;

dengan rahmat-Mu yang besar, berpalinglah kepadaku!

18 Janganlah bersembunyi daripada hamba-Mu;

aku dalam kesusahan besar - cepatlah tolong aku!

19 Marilah dan selamatkanlah aku;

bebaskanlah aku daripada musuhku.

20 Engkau tahu bagaimana aku dikeji,

bagaimana aku dipermalukan dan dihina;

Engkau nampak semua musuhku.

21 Kekejian telah mematahkan hatiku,

aku menjadi putus asa.

Aku mencari orang yang berbelas kasihan, tetapi tidak aku dapati;

aku mencari orang yang menguatkan hatiku, tetapi tidak aku jumpai.

22 Mat 27.48;Mrk 15.36;Luk 23.26;Yoh 19.28-29 Ketika aku lapar, mereka memberi aku racun sebagai makanan;

ketika aku dahaga, mereka memberi aku cuka sebagai minuman.

23 Biarlah jamuan mereka memerangkap mereka;

biarlah perayaan mereka menjerat mereka.

24 Rm 11.9-10 Biarlah mata mereka buta;

biarlah tulang belakang mereka lemah.

25 Biarlah kemurkaan-Mu menimpa mereka;

biarlah berang-Mu menangkap mereka.

26 Kis 1.20 Biarlah perkhemahan mereka terlantar;

biarlah semua penghuninya binasa.

27 Mereka menganiaya orang yang telah Engkau hukum;

mereka menambahkan penderitaan orang yang Engkau lukakan.

28 Catatlah semua dosa mereka;

jangan ampuni mereka.

29 Kel 32.32;Why 3.5,13.8,17.8 Biarlah nama mereka dihapuskan dari kitab orang hidup,

dan tidak tercatat dalam daftar umat-Mu.

30 Tetapi aku kesakitan dan putus asa;

angkatlah aku dan selamatkanlah aku, ya Allah!

31 Aku akan memuji Allah dengan nyanyian;

aku akan mengagungkan Dia dengan ucapan kesyukuran.

32 Hal ini akan lebih menggembirakan TUHAN daripada mempersembahkan korban lembu,

ataupun korban lembu jantan yang sudah cukup besar.

33 Apabila orang yang ditindas melihat hal ini, mereka akan bergembira;

orang yang menyembah Allah akan bersemangat.

34 TUHAN mendengar orang yang berkekurangan,

dan Dia tidak lupa akan umat-Nya yang dipenjarakan.

35 Pujilah Allah, hai langit dan bumi,

laut dan segala makhluk di dalamnya!

36 Dia akan menyelamatkan Yerusalem,

dan membina semula kota-kota Yehuda;

umat-Nya akan tinggal di sana;

negeri itu menjadi milik mereka.

37 Keturunan hamba-hamba-Nya akan mewarisi negeri itu,

semua orang yang mengasihi-Nya akan tinggal di situ.

Todos os capítulos de Mazmur 150
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51
  52. 52
  53. 53
  54. 54
  55. 55
  56. 56
  57. 57
  58. 58
  59. 59
  60. 60
  61. 61
  62. 62
  63. 63
  64. 64
  65. 65
  66. 66
  67. 67
  68. 68
  69. 69
  70. 70
  71. 71
  72. 72
  73. 73
  74. 74
  75. 75
  76. 76
  77. 77
  78. 78
  79. 79
  80. 80
  81. 81
  82. 82
  83. 83
  84. 84
  85. 85
  86. 86
  87. 87
  88. 88
  89. 89
  90. 90
  91. 91
  92. 92
  93. 93
  94. 94
  95. 95
  96. 96
  97. 97
  98. 98
  99. 99
  100. 100
  101. 101
  102. 102
  103. 103
  104. 104
  105. 105
  106. 106
  107. 107
  108. 108
  109. 109
  110. 110
  111. 111
  112. 112
  113. 113
  114. 114
  115. 115
  116. 116
  117. 117
  118. 118
  119. 119
  120. 120
  121. 121
  122. 122
  123. 123
  124. 124
  125. 125
  126. 126
  127. 127
  128. 128
  129. 129
  130. 130
  131. 131
  132. 132
  133. 133
  134. 134
  135. 135
  136. 136
  137. 137
  138. 138
  139. 139
  140. 140
  141. 141
  142. 142
  143. 143
  144. 144
  145. 145
  146. 146
  147. 147
  148. 148
  149. 149
  150. 150

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.