Allah, Raja yang Agung
1 Nyanyikanlah lagu baru untuk TUHAN!
Bernyanyilah untuk TUHAN, hai seluruh dunia!
2 Bernyanyilah untuk TUHAN, dan pujilah Dia!
Setiap hari isytiharkanlah berita baik bahawa Dia telah menyelamatkan kita.
3 Isytiharkanlah keagungan-Nya kepada bangsa-bangsa,
dan perbuatan-Nya yang mengagumkan kepada segenap manusia.